top of page

Kerajaan sedia kaji cadangan gaji minimum UNICEF - Rafizi



Kerajaan bakal mempertimbang secara menyeluruh kadar gaji minimum yang dicadangkan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata secara dasarnya jelas bahawa pendekatan Kerajaan Madani dalam menangani kos sara hidup ialah memberi tumpuan kepada pendapatan rakyat.


Namun ia perlu disusun dengan melibatkan semua pemegang taruh termasuk dari segi pekerja, majikan, kemampuan kerajaan dan kemampuan ekonomi untuk menyerap sebarang keputusan dengan berkaitan gaji," katanya.


"...Kita melihat secara menyeluruh, kita tahu dari segi kerangka ada gaji minimum, ini untuk sekumpulan pekerja. Kita juga akan memulakan projek rintis gaji progresif, gaji untuk kakitangan awam telah pun diumumkan oleh kerajaan.


"Berbanding dengan semua pentadbiran sebelum ini, pandangan saya dari segi tumpuan kepada gaji, pentadbiran sekarang adalah yang paling fokus kepada soal gaji," katanya dipetik.


Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata begitu kepada pemberita selepas pelancaran rancangan realiti television Innovathon musim kedua, di Putrajaya pada Rabu.


Sebagai rekod kadar gaji minimum ditetapkan kerajaan adalah RM1,500 sebulan, manakala UNICEF menyarankan agar ia ditingkatkan kepada RM2,102 sebulan.


Cadangan itu dikemuka UNICEF dalam laporan “The Living on the Edge Key Findings” menyarankan penetapan kadar gaji lebih adil dengan mengambil kira faktor utama seperti kos sara hidup, pendapatan garis kemiskinan dan produktiviti.


Sementara itu, menurut Rafizi perbincangan berkenaan gaji minimum termasuk prosesnya itu adalah tanggungjawab Majlis Perundingan Gaji Negara bagi menilai kedudukan gaji minimum.


Perbincangan mengenainya adalah proses berterusan dan Kementerian Sumber Manusia akan membawa untuk pertimbangan kerajaan mengikut proses dalam akta apabila tiba masanya.


Kerajaan dalam usaha memartabatkan gaji pekerja terutama penjawat awam baru-baru ini mengumumkan kenaikan gaji kumpulan itu.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui jumlah pendapatan menyeluruh paling minimum yang diterima sebelum ini iaitu RM1,765 adalah tidak munasabah.


Justeru bermula tahun hadapan, pendapatan minimum penjawat awam merangkumi gaji dan elaun ditetapkan perlu melebihi RM2,000 sebulan.

0 comments

댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page