top of page

Kerajaan sasar kurangkan pinjaman tahunan kepada RM86 bilion



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan meletakkan sasaran kurangkan pinjaman tahunan negara kepada RM86 bilion pada tahun ini berbanding RM93 bilion pada 2023 dan RM100 bilion pada 2022 melalui rasionalisasi subsidi.


Perdana Menteri berkata usaha itu boleh dilakukan dengan kaedah perbelanjaan berhemat, elak ketirisan dan melakukan pinjaman bila benar-benar perlu bagi tujuan pembangunan selain mengurangkan hutang tertunggak.


"Lakukan dengan usaha komprehensif dan inisiatif yang lebih luas spektrumnya seperti rasionalisasi subsidi, elak pembaziran dan tangani rasuah, cara lebih berkesan dari segi penguatkuasaan undang-undang dan proses percukaian," katanya dipetik.


Beliau yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada pelancaran Persidangan Cukai Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.


Perdana Menteri berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga perlu memastikan golongan yang wajib membayar cukai agar dapat berbuat demikian selain mengelak ketirisan.


"Terserah kepada LHDN tetapi yang saya hendak, yang patut bayar mesti bayar, kaya ke bilionair, mesti ada usaha lebih tegas dilakukan di kalangan yang wajib dan tidak ada kebocoran," ujarnya.

Ditanya mengenai sama ada kerajaan merancang untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi RON95, Anwar menjelaskan buat masa ini isu tersebut tidak dibangkitkan.


"(Isu rasionalisasi subsidi RON95) tidak dibangkitkan, kita tengah deal (menangani) mengenai diesel.. beri kefahaman betul-betul sebab kadang-kadang, (isu ini) dipusingkan.


"Kalau betul ada masalah bagi tahu supaya tidak beban rakyat.


"Tetapi kalau (rasionalisasi subsidi) tak dibuat, hasil tak bertambah, hutang bertambah," kata beliau.


Terdahulu dalam ucaptamanya, Anwar berkata pada masa ini nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara berada pada 64 peratus.


"Itu terlalu tinggi dan sudah melepasi had yang sepatutnya," kata beliau


Anwar berkata sekiranya dasar ini diteruskan, Malaysia tidak akan dapat mencapai pelaburan seperti yang diterima sekarang dan unjuran KDNK sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2024.


Bagaimanapun, beliau menjelaskan, pinjaman tersebut tidak dapat diturunkan secara mendadak bagi mengelakkan usaha pembangunan negara terjejas.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page