top of page

Kerajaan sambut baik pihak berkuasa Thailand sekat 'jalan tikus' di sempadan



Kerajaan menyambut baik usaha pihak berkuasa Thailand yang turut menutup 'jalan tikus' di sebelah sempadan negara itu.


Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau gembira pihak Thailand mengikuti langkah Malaysia yang sejak 1 Disember lalu yang tidak lagi membenarkan penduduk tempatan menggunakan laluan tidak sah melintasi sempadan bagi mengelakkan aktiviti penyeludupan dan jenayah lain.


"Penerangan tentang laluan sah di pintu masuk sempadan ini telah beberapa kali saya jelaskan dan KDN terus komited untuk menghalang penggunaan “jalan tikus” ini.


"Kerajaan menyambut baik kerjasama pihak Kerajaan Thailand yang mengambil langkah yang sama.


"Ini bukti kerjasama yang utuh antara Kerajaan Malaysia Madani dan Kerajaan Thailand," katanya di Facebook mengulas kenyataan Komander Tentera Bahagian Keempat Thailand, Leftenan Jeneral Paisan Nusang yang berkata hanya pintu sempadan sah di Sungai Golok yang bersempadan dengan Rantau Panjang, Tak Bai dengan Pengkalan Kubor dan Buketa dengan Bukit Bunga diiktiraf.


Semalam Metro TV memetik Leftenan Jenderal Pisan sebagai berkata, pihak Thailand mengikuti tindakan pihak berkuasa Malaysia dalam penguat kuasaan rentas sempadan.


"Saya melihat penguat kuasaan ketat di kawasan sempadan oleh polis Kelantan sejak 1 Disember lalu memberi kesan positif kepada aktiviti penyeludupan di kawasan itu. Sebab itu saya menegaskan rentas sempadan menggunakan tiga pintu masuk yang sah," katanya.


Sejak 1 Disember lalu terdapat beberapa insiden pihak berkuasa Malaysia menahan empat warga Thailand ketika mereka menyeberang ke Kelantan melalui jeti haram di sepanjang sungai Golok.


Laluan tikus sebelum ini digunakan untuk membawa masuk pendatang tanpa izin dari Myanmar terutama etnik Rohingya dan Kemboja menggunakan Thailand sebagai transit ke Malaysia.


Tidak seperti penyeludupan dadah, sindiket penyeludupan manusia menggunakan Thailand sebagai lokasi transit sebelum diseludup melalui Sungai Golok.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page