top of page

Kerajaan rancang langkah mitigasi tanah jerlus: Menteri Kerjaraya



Kerajaan sedang merancang langkah-langkah mitigasi menangani risiko insiden tanah jerlus susulan kejadian yang menimpa seorang pelancong warga India baru-baru ini.


Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, perkara itu telah dibawa untuk perhatian Kabinet dan langkah-langkah segera akan dilaksana untuk mengenal pasti kawasan berisiko.


"Perkara ini juga dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini supaya untuk ke hadapan kerajaan akan fokus bagaimana hendak mengatasi atau mengelakkan kejadian itu.


"Setakat ini kita belum kenal pasti kawasan-kawasan yang berisiko berlaku lubang benam. tetapi memang ada usaha mengenal pasti kawasan berisiko itu sebagaimana kita kenal pasti lokasi cerun yang berisiko," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pembukaan Lebuhraya WCE Seksyen 1 di Banting pada Jumaat.


Pada 23 Ogos, seorang wanita warga India dikenali sebagai G. Vijaya Lakshmi, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India semasa melalui jalan itu untuk ke kuil berhampiran.


Susulan itu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menubuhkan sebuah pasukan khas bagi mengkaji tahap keselamatan struktur tanah di sekitar Kuala Lumpur.


Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa memaklumkan, proses pengukuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi pembangunan di Kuala Lumpur akan diperketat pada masa depan untuk memastikan pembangunan lebih teratur dan berkesan sekaligus mengelak insiden sama berulang.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page