top of page

Kerajaan prihatin, tingkatkan kecemerlangan kesihatan mental



Kerajaan sentiasa prihatin berkenaan kesihatan mental rakyat dengan memberikan perhatian serius ke atas perjalanan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (PKKMK).


Menurut Menteri Kesihatan (KKM) Dr Zaliha Mustafa (PH - Sekijang), sejak penubuhan PKKMK pada 1 Oktober 2022 agensi itu telah pun melakukan pelbagai aktiviti berkaitan hal kesihatan mental.


"Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan telah pun ditubuhkan dan beroperasi secara interim mulai 1 Okt 2022.


"Pusat kecemerlangan ini bertindak sebagai agensi peneraju dan koordinasi bagi menyelaraskan aktiviti serta program kesihatan mental yang menggabungkan kesihatan awam, perubatan dan penyelidikan


"Pusat ini menjadi satu platform merancang dan melaksanakan kesihatan mental yang melibatkan kolaborasi strategi melibatkan pihak awam dan swata, universiti dan NGO.


"Buat masa ini PKKMK berfungsi dengan seramai 46 orang yang melaksanakan 5 skop utama iaitu fungsi kesihatan mental dan pencegahan penyakit mental, intevensi sakit mental, penyelidikan kesihatan mental, surveillence kesihatan mental dan penyelidikan serta inovasi," katanya dalam menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) di Dewan Rakyat sesi pagi.


Menurut Zaliha lagi, pencapaian terbaik PKKMK adalah dengan wujudnya talian kecemasan krisis kesihatan mental 15555.


Talian bantuan itu, katanya, memberi akses terus kepada pegawai psikologi kaunserling. Sejak setahun ditubuhkan sebanyak 26,139 panggilan telah diterima, di mana 16,942 pemanggil menerima bantuan sokongan emosi dan 9,197 menerima bantuan kaunserling.


Daripada kesemua panggilan itu, kata Zaliha, 217 melibatkan tingkah laku bunuh diri. Dan kesemua klien cubaan bunuh diri diintevensi dan dibawa ke hospital untuk perubatan.


Selain itu, kata beliau, KKM juga melaksanakan latihan berkala kepada petugas barisan hadapan seperti pasukan polis, bomba Angkatan Pertahanan Awam serta maritim Malaysia berkenaan kes bunuh diri.


"Juga ada dilibatkan agensi lain, seperti JPA untuk pengurusan latihan kepada penjawat awam bagi meningkatkan kesedaran kesihatan mental, dan pihak JPA bersama INTAN telah melaksanakan latihan psiko-sosial first aid kepada penjawat awam," katanya lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page