top of page

Kerajaan PH telah memperkenalkan bantuan haji kepada B40 - Dr Mujahid

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 26, 2024
  • 2 min read


Oleh: Fiza Halim


Tohmahan menyatakan kos mengerjakan haji mula meningkat pada era Kerajaan Pakatan Harapan 1.0 (2018 - 2020) dan kerajaan kurang memberi bantuan menyerap kos berkenaan sejak tempoh itu adalah tidak benar sama sekali.


Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkta, selama beliau memegang jawatan beliau telah memperkenalkan bantuan haji kepada para jemaah untuk mengurangkan beban mereka menunaikan ibadah berkenaan.


"Kami memulakan bantuan haji dengan subsidi haji di mana para jemaah hanya perlu membayar RM10,000 dan Tabung Haji (TH) akan menambah baki.


"Pada tahun 2018 dan 2019, kos haji meningkat kepada RM22,000, di mana TH menambah RM12,000. Jika kita ingin mengekalkan sistem yang sama kita perlu mempertimbangkan berapa banyak yang perlu ditambah untuk menampung kos tersebut.


"Perlu diingat bahawa TH menampung kos ini melalui hasil perniagaannya. Ketika saya mengambil alih, TH menghadapi masalah besar dengan aset dia berbanding dengan tanggungan mencapai negatif RM10 bilion. Dalam keadaan seperti ini, adalah sukar untuk menampung kos jika ia berterusan," katanya kepada Suara Keadilan.


Oleh itu, tambah beliau, untuk memastikan TH kekal mampan dan dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji, pihak kerajaan pada waktu itu melakukan penstrukturan semula dan berjaya mengatasi masalah kewangan TH dengan mengikuti piawaian ditetapkan dan diawasi Kementerian Kewangan.


"Kemudian, kita memperkenalkan bantuan bersasar, di mana golongan B40 akan menerima bantuan penuh.


"Namun, bagi mereka yang mempunyai gaji RM14,000, adalah tidak adil untuk memberikan bantuan penuh. Kami melaksanakan sistem bersasar dengan memberikan bantuan antara 20% hingga 40%.


"Pemimpin perlu bijak dalam menangani isu ini, kerana kos yang meningkat adalah di luar kawalan kita," katanya.


Dalam pada itu, Dr Mujahid juga menjelaskan hukum menunaikan ibadah haji dari sudut fiqah perlu melengkapi syarat syaratnya, termasuklah berkemampuan yang merangkumi aspek kesihatan, kewangan dan perjalanan.


Kemampuan kewangan, kata beliau, adalah seseorang itu perlu mampu membayar kos haji dan masih mempunyai lebihan untuk menyara keluarga serta perbelanjaan lain.


"Ketika ini, kita sedar bahawa ramai yang tidak mampu. Jika kita menetapkan kos haji pada RM30,000 dan seseorang itu mampu menyara keluarganya sepanjang tempoh haji, maka tidak perlu memberikan bantuan penuh. Kita tidak boleh hanya berpegang kepada alasan "tidak mampu" tanpa mempertimbangkan situasi individu.


"Bagi mereka yang benar-benar tidak mampu, kita harus memberikan bantuan," kata Dr Mujahid lagi.


Untuk rekod, Menteri Agama era Perikatan Nasional daripada Pas, Senator Datuk Idris Ahmad pernah berkata pada 22 Sept 2022 bahawa syarat wajib bagi menunaikan haji mestilah berkemampuan dan tidak membebankan.


"Kita perlu faham konsep menunaikan ibadah dan Allah SWT tidak memaksa jika kita tidak berkemampuan.


"Jangan sehingga kita bergolok-bergadai dan kehabisan wang simpanan," katanya dipetik Malaysiakini selepas menghadiri Jualan Bergerak Bantu Rakyat di Bukit Gantang.


Namun hari ini keadaan sebaliknya berlaku, Kerajaan Madani dikritik hebat kerana tidak memberi banyak bantuan kepada rakyat yang 'kurang mampu' untuk mengerjakan ibadah haji.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page