top of page

Kerajaan peruntukkan RM20 juta untuk remajakan Kuala Lumpur



Kerajaan komited untuk meremajakan Pusat Bandar Kuala Lumpur sebagai destinasi kreatif bertaraf dunia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.


Bagi tujuan itu katanya, kerajaan telah memperuntukkan dana RM20 juta melalui Program Geran Kreatif KL untuk melaksana projek-projek flagship yang akan memberi nafas baharu kepada Kuala Lumpur.


"Program Geran Kreatif KL ini perlu melibatkan penyertaan aktif komuniti dan pelbagai pihak bagi memastikan pendekatan merejuvenasikan Pusat Bandar Kuala Lumpur yang penuh dengan sejarah itu dilaksanakan secara bersama-sama.


"Melalui usaha seperti ini, saya berharap agar kawasan ini dapat dinaik taraf sebagai pusat kebudayaan dan kreativiti, sekali gus dapat menarik lebih ramai pelawat, pelabur dan juga penduduk untuk berkunjung dan menikmati keunikan budaya Malaysia di ibu kota negara ini," katanya ketika memberi ucapan pelancaran Program Geran Kreatif KL pada Selasa.


Program Geran Kreatif KL adalah sebahagian daripada inisiatif nasional yang bertumpukan kepada peremajaan Pusat Bandar Kuala Lumpur sebagai sebuah daerah kreatif dan kebudayaan menerusi usaha komprehensif bermula dengan radius 3 km sekitar kawasan pertemuan Sungai Klang dan Gombak.


Ianya direka mengikut beberapa tema utama iaitu Peremajaan Ruang, Penyemaian atau Pengembangan Perniagaan Kreatif & Budaya, Kandungan atau Pengaktifan Kreatif, Peningkatan Daya Tahan Alam Sekitar, Digitalisasi dan Pembinaan Kapasiti.


Program ini juga bertujuan untuk memenuhi keperluan dan menangani pelbagai cabaran di Pusat Bandar Kuala Lumpur dari meningkatkan ruang awam hingga menggalakkan inovasi digital dengan setiap tema memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan pusat bandar.


"Geran terbuka kepada sesiapa yang berminat dan kita memberikan serendah RM30,000 sehingga maksimumnya RM300,000," kata Dr Zaliha dipetik.


Sementara itu tambahnya, program berkenaan adalah usaha jangka panjang yang memerlukan usaha konsisten dan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan, baik sektor swasta, komuniti dan orang awam untuk mencari sebuah penyelesaian yang kreatif dan inovatif.


"Justeru, saya menyeru semua pihak untuk bersama-sama berganding bahu menjayakan usaha ini kerana sudah pasti pada penghujungnya manfaat ini adalah untuk semua pihak," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page