top of page

Kerajaan peruntuk RM704.8 juta babit lima projek air di Kelantan



Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan memperuntukan RM704.8 juta bagi lima projek baharu dan sambungan untuk mengurangkan isu gangguan bekalan air di Kelantan.


Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, peruntukan itu terdiri daripada pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di Labok, Machang iaitu sebanyak RM630 juta dan penambahbaikan projek yang lain.


"Selaras dengan penstrukturan semula industri air, operator air bertanggungjawab untuk pembinaan, pengantian dan pembaikan infrastruktur bekalan air bagi menjamin kelangsungan air yang berterusan air kepada pengguna.


"Walau bagaimanapun, kementerian komited membantu negeri-negeri mengurangkan kadar air tidak terhasil (NRW) melalui dua pendekatan," katanya di pada Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.


Jelasnya, kerajaan telah meluluskan sebanyak RM69.18 juta dalam NRW Kebangsaan melalui dua pakej.


"Pakej satu kerja-kerja pengantian meter sistem input volume (SIV), meter pengguna dan pemetaan untuk mendapat bacaan NRW telah siap dan diserahkan pada air Kelantan Sdn Bhd pada Mac 2023 lalu.


"Manakala, pakej dua pula melibatkan kerja-kerja pengantian dan pembaikan tangki air yang dijangka siap 2024," ujarnya.


Bagi mengatasi masalah kebocoran air, Akmal berkata, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) memberi pembiayaan RM 210 juta kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bagi melaksanakan penyelenggaran melibatkan 359 kilometer (km) secara berfasa di seluruh Kelantan.


Pernyataan tersebut bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.


Untuk rekod masalah air di Kelantan telah berlarutan sejak 1990an lagi dan tidak mendapat peruntukan secukupnya yang sedang cuba diperbaiki oleh Kerajaan Perpaduan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page