top of page

Kerajaan peruntuk RM120,000 baik pulih bumbung Pangsapuri Putra Ria



Sebanyak RM120,000 diperuntuk bagi kerja-kerja baik pulih bumbung Pangsapuri Putra Ria, Bangsar, Kuala Lumpur yang rosak akibat kejadian ribut pada Sabtu lepas.


Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh bagi menyegerakan kerja-kerja baik pulih itu.


"Kita lihat kerja untuk baik pulih bagi kedua-dua blok ini dijangka menelan belanja sekurang-kurangnya RM120,000 dan saya akan berbincang dengan Datuk Bandar petang ini untuk menyegerakan kerja-kerja baik pulih.


"Saya harap kerja-kerja dapat dimulakan sesegera mungkin, kalau boleh kita nak mulakan esok tapi saya perlu adakan perbincangan sedikit dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk penyelarasan daripada segi penggunaan peruntukan itu," katanya.


Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian selepas meninjau dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terkesan dengan kejadian itu.


Beliau berkata pihak pengurusan pangsapuri telah diminta memeriksa semua struktur bumbung di tiga blok kediaman itu supaya tindakan komprehensif boleh diambil sekiranya terdapat risiko kepada penduduk.


Sabtu lepas, kejadian ribut pada kira-kira pukul 5 petang menyebabkan lapan rumah terjejas teruk setelah sebahagian bumbung pangsapuri itu tercabut dan diterbang angin kencang hingga merosakkan lima motosikal dan tiga kereta di kawasan parkir.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page