top of page

Kerajaan pertimbang penjanaan tenaga guna nuklear - Menteri MOSTI



Kerajaan sedang mempertimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber penjanaan tenaga negara pada masa depan dalam usaha mencapai matlamat pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang berkata, tenaga nuklear turut mempunyai kecekapan menghasilkan jumlah tenaga besar sehingga jauh lebih efisien daripada bahan api fosil.


Dalam jangka masa panjang, katanya, tenaga nuklear menawarkan kestabilan dari segi kos operasi terutama dari segi harga bahan api selain reaktor moden juga tidak menghasilkan banyak sisa radioaktif.


"Kemajuan teknologi telah menjadikan tenaga nuklear lebih sesuai untuk Malaysia dengan inovasi baharu seperti Reaktor Modular Kecil (SMR) yang membolehkan loji nuklear lebih kecil, selamat dan kos efektif.


"Ciri-ciri teknologi baharu seperti ini boleh digunakan di kawasan di mana sumber tenaga konvensional tidak sesuai dari aspek aplikasi dan kos.


"Kemajuan teknologi tenaga nuklear kini memiliki kelebihan dari segi keselamatan terutama melalui kemajuan dalam pengurusan sisa," katanya dipetik pada perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 di peringkat dasar bagi kementerian itu di Dewan Rakyat pada Isnin.


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli baru-baru ini memaklumkan, di bawah Rancangan Malaysia ke-13, sumber nuklear akan dimasukkan secara rasmi sebagai salah satu dari sumber tenaga negara.


Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta MOSTI telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan kerangka undang-undang dan peraturan dibangunkan bagi tujuan tersebut.


Sementara itu Lih Kang menambah, Agensi Nuklear Malaysia mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran di dalam mengendali dan menyenggara reaktor penyelidikan nuklear iaitu Reaktor Triga Puspati selama lebih 40 tahun yang boleh diaplikasikan ke dalam program tenaga nuklear sekiranya dilaksanakan pada masa akan datang.


"Seiring dengan itu, kerajaan sentiasa menjalankan kempen kesedaran awam seperti program pendidikan, lawatan pakar, dialog dan forum awam bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan nuklear.

"Agensi Nuklear Malaysia sedang bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi melalui Jabatan Penerangan untuk melaksanakan program komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam (CEPA) (mengenai) teknologi nuklear di seluruh negara," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page