top of page

‘Kerajaan Persekutuan tidak zalim, Syed Saddiq jangan hipokrit’



Oleh: Abdullah Zaid


Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Nabil Halimi mengingatkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman agar tidak bersikap hipokrit apabila mendakwa kononnya kerajaan hari ini bersikap zalim terhadap dirinya kerana tidak memberikan peruntukan sama rata kepada Ahli Parlimen pembangkang.


Hakikatnya kata Nabil, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.7 juta bagi pelaksanaan projek untuk parlimen Muar.


"Jika kata kerajaan zalim pada parlimen beliau, cukup-cukuplah. Kerajaan Persekutuan sudah meluluskan peruntukan RM2.7 juta bagi pelaksanaan 60 projek atau program untuk kawasan Parlimen Muar antara Januari hingga Jun baru-baru ini.


"Di mana yang zalimnya, Syed Saddiq yang zalim sanggup menangguh kerjasama sedia ada diberi oleh Kerajaan Madani," katanya kepada Suara Keadilan.


Semalam, Syed Saddiq menamatkan larian sejauh 200 kilometer (KM) 'Langkah Muar' sebagai tanda bantahan terhadap kerajaan berikutan menafikan peruntukan bagi kawasan parlimen pembangkang.


Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berjaya meraih sejumlah RM160,000 dalam tempoh 48 jam misi berkenaan dilancarkan.


Susulan itu Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof enggan mengulas lanjut mengenai peruntukan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang yang masih dirundingi.


Terdahulu, Fadillah dilaporkan berkata peruntukan kawasan parlimen pembangkang telah disalurkan melalui agensi-agensi berkaitan tetapi bukan peruntukan kepada Ahli Parlimen mereka.


Hal itu, katanya pengagihan peruntukan kepada Ahli Parlimen belum dapat diputuskan kerana ketua pembangkang belum membuat ketetapan berhubung draf Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan penyaluran peruntukan kepada Ahli Parlimen mereka.


Jelasnya, sekiranya draf terbabit disepakati, maka ia akan diserahkan kepada majlis tertinggi semua parti politik kerajaan dan pembangkang untuk diluluskan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page