top of page

Kerajaan Persekutuan biayai bantuan Aidilfitri penjawat awam Terengganu



Kerajaan Madani tetap menunjukkan keprihatinannya terhadap nasib penjawat awam negeri Terengganu yang ditadbir Pas apabila mengumumkan bahawa mereka diberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebagaimana dinikmati oleh kakitangan Persekutuan.


Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata BKKA sebanyak RM500 iaitu kadar yang sama seperti diberikan kepada 2 juta penjawat awam Persekutuan dan akan dinikmati kira-kira 14,000 kakitangan negeri bagi menyerikan persiapan menyambut lebaran.


"Lanjutan daripada lawatan ke Terengganu pada 21 Mac lalu, Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan telah bersetuju untuk membiayai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri bagi penjawat awam negeri Terengganu," kata kenyataan itu hari ini.


Kementerian Kewangan berkata kerajaan Madani komited dengan prinsip kesaksamaan dan pendekatan yang manusiawi agar kemakmuran negara dapat dirasai secara bersama sejajar dengan wawasan menaikkan lantai dalam kerangka Ekonomi Madani.


"Semoga dengan sumbangan ini membawa sedikit kegembiraan kepada mereka yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi," katanya.


Baru-baru ini Anwar mengumumkan bayaran BKKA kepada dua juta penjawat awam sebanyak RM500 setiap seorang manakala RM250 bagi pesara keraajan termasuk veteran.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page