top of page

Kerajaan Perpaduan seperti munafik Madinah berbau takfiri - Dr Abu Hafiz



Oleh: Abdullah Zaid


Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang cuba membandingkan Kerajaan Perpaduan dengan golongan munafik di Madinah pada era awal pemerintahan Islam di bawah Nabi Muhammad SAW dilihat tidak benar dan mengelirukan.


Bahkan, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abu Hafiz Salleh Hudin berkata, ucapan Hj Hadi menerusi Muktamar Tahunan ke-70 Pas itu dilihat wujud unsur melabelkan orang lain sebagai takfiri atau tidak mengikut ajaran Islam sebenar.


"Ucapan Madani seperti (golongan) munafik di Madinah pada awal era Islam juga berbau takfiri kerana munafik di zaman berkenaan adalah jelas kafir.


"Allah telah menyatakan orang-orang munafik itu berada (di) tingkatan terbawah dalam neraka, namun apabila disamakan Madani sebagai munafik, ia berbau pengkafiran kepada orang lain," katanya menerusi satu siaran video di Tiktok.


Terdahulu, Hj Hadi mendakwa Kerajaan Perpaduan seolah-olah meneruskan agenda sebagaimana golongan munafik pada zaman awal Islam.


Kenyataan itu sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi termasuk daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menyifatkan Ahli Parlimen Marang berkenaan menyimpang jauh daripada perjuangan asal tokoh-tokoh Pas.


Selain itu, mengulas isu penolakan pembangkang ke atas memorandum persefahaman (MoU) peruntukan parlimen atas alasan mengancam kepentingan agama dan bangsa, Dr Abu Hafiz yang tidak lagi melibatkan diri dalam kepartian berkata, isu 3R (Agama, Bangsa, Raja-Raja) tidak sepatunya dijadikan bahan politik.


"Penolakan itu bukan seperti yang didakwa, sebaliknya saya yakin ia digunakan untuk tujuan politik untuk menghasut dengan isu-isu agama dan bangsa dengan cara tidak bertanggunjawab dan bermaruah," ujarnya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page