top of page

Kerajaan Perpaduan Madani bela rakyat Sabah - Fahmi



Kerajaan Perpaduan Madani sejak mula memerintah sentiasa mengambil berat dan membela nasib rakyat Sabah.


Menteri Komunikasi. Fahmi fadzil berkata demikian dalam catatan sempena lawatan beliau mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perasmian penutup Pesta Kaamatan yang diadakan di Kota Kinabalu, semalam.


Fahmi mengulang ucapan PM bahawa Kerajaan Madani telah menambah peruntukan bagi negeri Sabah dalam pembentangan belanjawan negara setiap tahun.


PM juga, katanya, mahu kemiskinan tegar ditamatkan di Sabah yang sejak beberapa dekad mencatat bilangan agak tinggi.


"Dalam ucapannya, Perdana Menteri antara lain menekankan beliau mahu kemiskinan tegar di Sabah dinoktahkan sebelum akhir Julai tahun ini.


"Bilangan ketua isi rumah dalam kategori miskin tegar di Sabah sudah menurun daripada 20,000 kepada 9,000.

Jadi, Insya-Allah sasaran tersebut mampu dicapai," katanya di Facebook.


Untuk rekod, tahun ini sebanyak RM16 bilion diperuntukkan kepada Sabah berbanding peruntukan RM12.9 pada 2022.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page