top of page

Kerajaan perlu wujudkan sistem khas salur bantuan banjir




Kerajaan dicadangkan mewujudkan satu sistem penyaluran bantuan khas kepada mangsa banjir.


Ahli Parlimen Yunewaran Ramaraj (PH - Segamat) berkata, sistem tersebut diharap boleh terus menyalurkan sebarang jenis bantuan kepada mangsa banjir yang didaftarkan terutama kepada golongan petani, nelayan, peniaga dan sebagainya.


"Saya minta agar kerajaan mewujudkan sistem penyaluran peruntukan khas kepada mangsa mangsa banjir yang terdiri dari individu perseorangan, nelayan, penternak dan pertani yang mengalami kerugian


"Kalau kita lihat, ramai juga peniaga terjejas dalam banjir ini, terutama di Segamat. Pembekal alat tulis telah rugi hampir sejuta ringgit dan bagaimana kita nak menampung dan membantu pengusaha IKS ini?


"Kita fokus kepada individu tetapi kita tidak boleh lupakan golongan peniaga.


"Oleh itu saya berharap kerajaan dapat memperincikan peruntukan khas kepada semua Ahli Parlimen Johor, khususnya di kawasan terlibat," kata beliau dalam perbahasan Dewan Rakyat pada sesi petang.


Selain itu, Yunes juga mahu kerajaan lebih menumpukan kepada aspek bantuan dan pemulihan terhadap 4 kawasan parlimen yang paling terjejas dilanda banjir seperti Segamat, Batu Pahat, Sekijang dan Labis.


Dalam ucapannya beliau turut mengkritik pasukan penyelamat yang tidak dilengkapi bot secukupnya. Yunes mahu kerajaan mengkaji untuk menambah baik operasi bantuan banjir pada masa hadapan.


"Masalah yang berlaku adalah bomba (dan penyelamat) hanya ada 3 bot sahaja dengan mangsa 13,000 orang. Dengan 3 bot itu satu rosak, satu hantar ke Tangkak dan satu ke Labis, bagaimana dengan masyarakat dan mangsa di Segamat, JPM hanya ada 7 bot.


"Ada pegawai bomba yang keluar waktu pagi, berpaut di pokok 8 jam kerana bot mereka terbalik. Tidak ada orang dapat membantu ahli bomba itu. Ini keluhan agensi. Kita perlu meneliti agensi di bawah NADMA (peruntukan) untuk membuat aset ini lebih berkesan.


"Rakyat tidak tahu birokrasi, mereka hanya tahu YB di kawasan itu. Mereka hubungi kita siang dan malam hantar mesej. Bagaimana kita nak tolong?


"Mereka tidak akan telefon NADMA, bomba atau agensi kerajaan," katanya.


Dalam pada itu, Yunes juga mahu kerajaan bertidak pantas membersih parit, sungai dan tali air.


Katanya, kelewatan kerajaan terdahulu membersihkan saliran air itu menyebabkan Johor mengalami banjir badang yang amat buruk ketika ini.


"Saya minta kerja pembersihan parit, sungai dan tali air disegerakan kerana kerja pembersihan ini telah ditangguhkan sekian lama sejak Langkah Sheraton. Tak ada kerja kerja berlaku. Kerajaan Madani mendapat apa (kelemahan) yang diwarisi kerajaan sebelum ini


"Kita tidak boleh berpolitik berkenaan nyawa rakyat. Kita ahli dalam parlimen perlu bersatu di kawasan kita," katanya lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page