top of page

Kerajaan perlu tangani pelampau agama - Sany Hamzan



Kerajaan Perpaduan digesa menangani sikap pelampau agama yang ditunjukkan sesetengah ahli politik berhaluan agama di negara ini.


Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan berkata pelampau dan pemuka agama yang menggunakan sentimen perkauman serta sentimen kebencian tidak boleh dibiarkan untuk menghancurkan keharmonian dan kesejahteraan kehidupan rakyat dalam negara ini.


"Kita lihat tindakan dan ucapan mereka selama hari ini dengan ucapan menipu, pembohongan untuk meraih undi, khususnya dalam Pilihan Raya Umum lalu


"Banyak ucapan dan tindakan mereka yang boleh mengganggu gugat keamanan rakyat Malaysia yang kita cintai ini


"Rakyat Malaysia sudah bijak dan mereka mahu pihak berkuasa mengambil tindakan kepada pemuka agama yang melakukan ucapan berbaur hasutan," katanya selepas menghantar memorandum ‘pelampau agama’ yang diserahkan kepada Pengerusi MKI, Sultan Selangor yang menggesa kerajaan bertindak dan mengambil langkah drastik untuk menangani isu tersebut.

Sany Hamzan

Antara kandungan memorandum tersebut menyebut agenda takfiri yang menunggang agama Islam telah merosakkan perpaduan sesama kaum dan juga dalam kalangan kaum Melayu itu sendiri.


Selain itu, Pengarah Biro Mobilisasi Amanah itu dalam ucapannya menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja raja memperkenankan penubuhan Kerajaan Perpaduan


"Soal perpaduan ini adalah menjadi asas kepada kemakmuran, menjadi asas kepada kesejahteraan kehidupan rakyat dalam negara ini supaya soal berlaitan dengan Rukun Negara dapat kita semat, hadamkan dalam setiap kehidupan masyarakat di negara kita ini.


"Justeru, kita kena tolak fahaman sempit, songsang yang mengganggu kehamonian masyarakat negara kita," katanya lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page