top of page

Kerajaan perlu iktiraf Pos Sempadan Pagalungan laluan antarabangsa - Raymond



Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan Persekutuan dicadang supaya mengiktiraf laluan Kawalan Imigresen Pos Pagalungan sebagai laluan antarabangsa bagi memudahkan laluan keluar masuk masyarakat di Sabah ke wilayah Kalimantan, Indonesia.


Ketua Cabang KEADILAN Pensiangan, Raymond Ahuar yang juga Presiden Pertubuhan Kebudayaan dan Kebajikan Murut Malaysia (PKKMM) berkata, pesta Ilau yang dianjurkan di Kecamatan Mansalong Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara Indonesia baru baru ini terpaksa ditangguhkan akibat masalah pasport dialami rombongan Malaysia di pintu sempadan berkenaan.


Beliau berkata, memandangkan wilayah Kalimantan selepas ini akan menjadi tumpuan ekonomi maka tiba masanya Malaysia memperkenalkan lebih banyak pintu sempadan antarabangsa.


"Kegagalan majoriti ahli rombongan etnik Murut Sabah memperolehi pasport menyeberang Sempadan Malaysia-Indonesia melalui Pos Pagalungan kerana kehabisan Buku Pasport (Warna Hijau) di Ibu Pejabat Imigresin Sabah menimbulkan masalah. Ia seharusnya membuka mata pihak kerajaan untuk mengiktiraf laluan Pagalungan sebagai laluan antarabangsa.


"Selain itu ia juga dapat memudahkan pergerakan keluar masuk ke kedua-dua buah negara selain masyarakat antarabangsa juga boleh memilih laluan ini untuk menikmati keindahan alam di sepanjang laluan melalui sungai," katanya dalam satu kenyataan.


Sebahagian rombongan gagal mendapatkan pasport dan tidak dapat meneruskan perjalanan

Jelas beliau, pengiktirafan laluan Pos Pagalungan itu kelak akan memberi manfaat ekonomi buat penduduk memandangkan Indonesia bakal mewujudkan ibu kota baharu, Nusantara di wilayah Kalimantan.


"Pengiktirafan ini bakal meningkatkan aktiviti ekonomi penduduk setempat sepanjang laluan antara kedua-dua buah negara.


"Selain itu, laluan jalan raya Sepulot dan Pagalungan (di sempadan Malaysia-Indonesia) akan menggalakkan pergerakan, kunjungan penduduk dan pelancong asing di antara kedua-dua buah negara


"Oleh itu, sudah tiba masanya, kerajaan mengiktiraf laluan Pos Pagalungan sebagai laluan antarabangsa kerana faktor-faktor tersebut," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page