top of page

Kerajaan perlu bantu rakyat, bukan sekadar mengharap kepada KWSP


Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menggesa kerajaan supaya mencari jalan penyelesaian yang lebih efektif dengan menambah peruntukan Belanjawan 2021 bagi membantu rakyat mendapatkan pendapatan ketika berdepan wabak Covid-19 ketika ini.


Beliau berkata, walaupun tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah hak milik rakyat sepenuhnya, kerajaan juga bertanggungjawab untuk berkongsi kekayaan negara dengan rakyat.


"Peranan kerajaan adalah menabung untuk rakyat, bukan sekadar mengharap rakyat menggunakan duit tanggungan ketika keterdesakan ekonomi.


"Walaupun simpanan adalah milik rakyat, ia seharusnya digunakan sebagai jalan terakhir," katanya di Dewan Rakyat.


Izzah juga berharap Kementerian Kewangan mempertimbangkan saranan pembangkang berhubung Belanjawan 2021.


"Ramai ahli parlimen pembangkang bersetuju dengan penambahan jumlah belanjawan untuk membantu rakyat menangani cabaran ekonomi, termasuk peningkatan had siling hutang bersyarat untuk Covid-19, bukan untuk politik.


"Penting untuk menteri kewangan memikirkan cara menambah subsidi upah, program pembiayaan tunai dan caruman.


"Tiba masanya kementerian kewangan ambil serius, kerana kita berada dalam persimpangan, alhamdulillah tidak ada darurat, tapi kita perlu ambil peluang dan ambil kira saranan yang berwibawa oleh pembangkang termasuk dari kerajaan.


"Laksanakan belanjawan yang mampu menjadi pengubat kepada derita rakyat," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page