top of page

Kerajaan perkenal PUE pastikan pusat data utamakan kecekapan tenaga



Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan memperkenalkan Keberkesanan Penggunaan Tenaga (PUE) bagi memastikan pusat data baharu yang memohon insentif pelaburan daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengutamakan kecekapan tenaga dengan mematuhi piawaian ditetapkan.


Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, berdasarkan rekod dan data pembekalan elektrik, terdapat 18 pusat data yang telah beroperasi di negara ini sehingga Disember 2024.


Katanya, angka itu mewakili jumlah permintaan bekalan elektrik sekurang-kurangnya 800 megawatt.


"Jumlah ini dijangka akan meningkat kepada 81 pusat data menjelang tahun 2035.


"Kita akur bahawa industri pusat data ini merupakan industri yang berdasarkan tenaga intensif.


"Sehubungan itu, kerajaan telah memperkenalkan kaedah PUE," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjawab pertanyaan Datuk Ali anak Biju (PN-Saratok) yang ingin tahu langkah memenuhi keperluan tenaga boleh baharu (TBB) dalam pembangunan pusat data dan adakah bekalan TBB ke pusat data akan mengganggu bekalan tenaga keseluruhan, sekali gus menyebabkan kenaikan tarif elektrik di masa akan datang.


Mengulas lanjut, Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata, kerajaan telah memberi komitmen untuk meningkatkan campuran kapasiti TBB dalam pembekalan elektrik negara secara berperingkat dan terancang.


Komitmen itu katanya, selepas kementeriannya mengambil kira bahawa akses kepada bekalan elektrik hijau merupakan 'Prerequisite' kepada pembangunan pusat data itu.


"Ia supaya dapat memastikan agar keperluan TBB dalam pembangunan pusat data dapat dipenuhi tanpa menjejaskan bekalan tenaga keseluruhan serta memberikan implikasi kos yang minimum kepada seluruh pengguna elektrik," ujarnya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page