top of page

Kerajaan perkenal 6 inisiatif penting bazar Ramadan, Aidilfitri anjuran DBKL



Kerajaan Madani memperkenalkan enam inisitaif penting untuk memperbaiki pengurusan dan kaedah mengendalikan jualan serta sisa Bazar Ramadan dan Aidilfitri tahun ini.


Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai pengajur bazar mahu menjadikan kota raya lebih lestari, selamat dan mesra alam, selain sebagai tempat mencari rezeki kepada para peniaga.


Katanya, inisiatif pertama, dilakukan dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia di 40 tapak Bazar Ramadan dan dua tapak Bazar Aidilfitri di Kuala Lumpur.


Pihak bank, katanya, menaja khemah, apron dan topi kepada peniaga, malah turut memperkenalkan Terminal DuitNow QR Soundbox 3-dalam-1.


"Inisiatif kedua, Kempen Sifar Sisa @ Bazar Ramadan yang mensasarkan pengurangan pembaziran sisa makanan dan menggalakkan amalan kitar semula. Ianya sebahagian daripada Pelan Hala Tuju Kuala Lumpur ke Arah Sifar Sisa 2040 dengan sasaran mengurangkan 60% sisa ke tapak pelupusan.


Inisiatif ketiga pula, Kempen Hargai Makanan, Elak Pembaziran: MySaveFood @ Ramadan dengan kerjasama Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia dan SWCorp. Lebihan makanan yang masih elok akan diagihkan kepada golongan memerlukan di 11 lokasi bazar terpilih, sisa makanan yang tidak lagi boleh dimakan akan dikomposkan," kata Dr Zaliha dalam muat naik di Facebooknya.


Manakala inisiatif keempat, katanya, adalah Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai bersama FatHopes Energy Sdn. Bhd. yang bertujuan menggalakkan peniaga mengitar semula minyak masak dan membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar.


Kelima merupakan Kempen Elak Plastik Sekali Guna yang menekankan penggunaan produk biodegradasi lebih mesra alam.


Inisiatif keenam adalah Kempen Keselamatan Makanan dab Kawalselia Kebersihan Bazar Ramadan bertujuan untuk memastikan makanan yang dijual mematuhi standard keselamatan dan kebersihan yang mana sampel makanan jualan para peniaga akan diambil secara rambang untuk diuji tahap kebersihan dan sebagainya.


Bagi peniaga, kata beliau, tempoh yang agak panjang telah disediakan untuk mereka memohon lesen dan DBKL tidak akan berkompromi dengan peniaga bazar tanpa lesen sah.


"Sebenarnya, peluang untuk memohon lesen agak lama kita buka. Kita sudah beri masa yang cukup untuk peniaga memohon lesen.


"Malangnya, masih ada yang mengambil ringan dan tidak mematuhi peraturan. Kita memang nak membantu peniaga kecil, tetapi peniaga juga perlu menunjukkan komitmen dan kerjasama dengan pihak berkuasa.


"Ini bukan untuk menyusahkan sesiapa, tetapi bagi memastikan peniaga yang sah dan dilesenkan diberikan peluang yang adil untuk mencari rezeki, terutama dalam bulan Ramadan yang mulia ini," katanya lagi.

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page