top of page

Kerajaan pastikan infrastruktur terbaik majukan teknologi AI



Kerajaan akan memastikan infrastruktur, dasar serta insentif yang diperlukan untuk menggalakkan pembangunan dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia diwujudkan.


Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang, usaha bersepadu itu akan dilakukan demi meningkatkan taraf hidup rakyat juga menyokong pertumbuhan industri berasaskan digital dan inovasi.


"Ini seterusnya akan mencipta peluang pekerjaan yang lebih baik sambil membangunkan kemahiran tenaga kerja tempatan untuk pekerjaan berpendapatan tinggi bagi mendorong pembangunan dan penggunaan AI untuk manfaat ekonomi dan sosial Malaysia.


"Kerjasama antara Mimos dan Phison yang dijalin baru-baru ini akan menyediakan latihan lanjutan dan pengalaman praktikal, memperlengkap tenaga kerja dengan kemampuan yang diperlukan dalam landskap AI yang berkembang pesat," katanya.


Menurut beliau, teknologi AI akan menjadikan negara lebih kompetitif berbanding negara Asia Tenggara lain dan mampu merealisasikan idea sebagai negara inovatif.


"Dengan memupuk pemahaman yang lebih mendalam dan kecekapan dalam teknologi AI, kita bukan sahaja membina tenaga kerja yang lebih kuat dan kompetitif, tetapi juga membuka jalan untuk inovasi dan pertumbuhan dalam ekosistem teknologi Malaysia," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page