top of page

Kerajaan Pas Terengganu digesa telus isu salahguna kuasa



Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) cabang Kemaman menuntut supaya pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat dakwaan rasuah membabitkan mana-mana pegawai Kerajaan Negeri.


Hal itu berikutan seorang pengurus bahagian anak syarikat Kerajaan Negeri ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kemaman, kelmarin.


"Sebelum ini sudah berberapa kali parti Pas mencanangkan bahawa pentadbiran Kerajaan Terengganu adalah bersih dan telus.


"Tetapi apabila pihak SPRM menjalankan siasatan dan tangkapan, Kerajaan Negeri dipimpin Pas mendiamkan diri tanpa sebarang tindakan susulan.


"Seharusnya pihak Kerajaan Negeri Terengganu bersikap proaktif memerangi rasuah di dalam pentadbiran kerajaan negeri," kata kenyataan Biro Penerangan dan Komunikasi KEADILAN Terengganu.


Kelmarin suspek, pegawai anak syarikat kerajaan negeri yang berusia lingkungan 40an disyaki menyalahguna kuasa dengan memberikan kerja pembekalan bernilai RM4,000 kepada syarikat anaknya sendiri.


Difahamkan, suspek memberikan tender pembekalan lebih 100 kad sim kepada anaknya yang juga ejen kepada sebuah syarikat telekomunikasi pada sekitar tahun 2022.


Sementara itu KEADILAN Kemaman menegaskan bahawa rakyat di negeri itu tidak dapat menerima sebuah pentadbiran yang tidak serius menangani isu-isu rasuah dan salah guna kuasa.


Tegasnya, rakyat muak dengan retorik yang dicanangkan oleh Pas memotretkan kerajaan mereka bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa.


"Tetapi kesungguhan dan nekad untuk memerangi rasuah tidak terlihat daripada perbuatan serta tindakan," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page