top of page

Kerajaan Pas T'ganu lantik orang luar terajui GLC: Tiada anak tempatan layak?



Pelantikan tokoh dari luar menerajui syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Terengganu yang diamalkan oleh pentadbiran Pas menjadi persoalan dalam kalangan rakyat.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Ahmad Nazri Yusoff, amalan pemimpin luar 'mencari makan' di Terengganu tidak sewajarnya diteruskan memandangkan ramai anak jati negeri itu daripada golongan profesional yang layak memimpin syarikat berkaitan kerajaan (GLC).


Nazri berkata demikian mengulas pelantikan Ahli Parlimen Tangga Batu, Bakri Jamaluddin dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif kepada syarikat perladangan milik Kerajaan Negeri, TDM Berhad sejak beberapa bulan lalu.

Ahmad Nazri Yusoff

"Amalan perlantikan tokoh luar Terengganu menerajui GLC negeri bukti Kerajaan Negeri di bawah Pas-PN ketandusan tokoh pentadbir berwibawa


"Pelantikan tokoh luar Terengganu bagi menerajui badan-badan strategik milik Terengganu di bawah kerajaan Pas merupakan satu bukti PN Terengganu ketandusan bakat mengetuai GLC dan badan-badan strategik milik Kerajaan Negeri


"Menteri Besar Datuk Dr Ahmad Samsuri dilihat gemar memilih tokoh luar berbanding orang tempatan, perlantikan Ahli Parlimen Tangga Batu sebagai ahli lembaga pengarah TDM membuktikan amalan ini dilakukan secara berterusan," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Nazri, pelantikan orang luar itu turut menimbulkan persoalan apakah pemimpin Pas Terengganu tidak mempunyai kelayakan profesional atau mereka memang sudah ketandusan pemimpin pelapis.


Selain itu, katanya, tatakelola yang diamalkan sekarang sekiranya berterusan akan menyebabkan berlakunya brain drain atau penghijrahan cendekiawan yang kecewa kerana tidak mendapat tempat di negeri sendiri dan meninggalkan Terengganu.


"Rakyat negeri Terengganu tidak pernah kurang tokoh-tokoh berkaliber dan berwibawa yang boleh diketengahkan bagi memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat, dan juga tadbir urus kerajaan yang baik.


"Pas Terengganu sebenarnya memandang rendah dan tidak menghargai bakat serta sumber manusia anak tempatan dek kerana ketidakupayaan mentadbir Kerajaan Negeri," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page