top of page

Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalisme, pluralisme



Kerajaan Madani memberi perhatian serius terhadap penularan aliran pemikiran liberalisme dan pluralisme yang bercanggah dengan ajaran Islam di media sosial.


Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan berkata, kerajaan telah melaksana beberapa tindakan antaranya pewartaan fatwa dan penguatkuasaan perundangan bagi membendung perkara itu.

"Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) antara lain telah menetapkan pandangan hukum bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.


"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali Ke-74 juga telah memutuskan bahawa Aliran Pemikiran Liberal adalah menyeleweng daripada syariat Islam," katanya di Dewan Rakyat.


Beliau berkata begitu sebagai menjawab soalan dikemuka seorang Ahli Parlimen yang bertanyakkan tindakan kerajaan dalam menangani ideologi liberalism dan pluralism yang cuba disebarkan kepada masyarakat melalui platform atas talian.


Zulkifli sementara itu menambah, JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri termasuk Jabatan Mufti-Mufti Negeri-Negeri sentiasa melaksanakan program penjelasan kepada kumpulan sasar dalam pelbagai forum bagi membendung ideologi liberalisme dan pluralisme ini daripada terus berleluasa.


Pemantauan secara berkala dan tindakan penguatkuasaan juga terus dilaksana di bawah Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah oleh pihak berkuasa agama negeri dan agensi di peringkat persekutuan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia melalui beberapa akta juga dijalankan.


"Kerajaan akan terus melaksanakan langkah jangka panjang dengan mengukuhkan kurikulum pendidikan Islam secara formal dan informal dalam institusi pendidikan di Malaysia dan memperkemas undang-undang berkaitan bagi mencegah penyebaran ideologi pluralism dan liberalism terhadap masyarakat Islam," tambahnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page