top of page

Kerajaan Negeri - Persekutuan perlu jalin hubungan rapat - PM



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan keperluan hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi meningkatkan peluang ekonomi kepada rakyat.


Berucap di Majlis Penutup Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara dan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong semalam, PM berkata, hubungan baik itu boleh dengan mudah membawa pelaburan asing masuk dan mewujudkan pekerjaan baharu, sebagaimana di negeri utara Semenanjung.


"Mengambil contoh usaha kerajaan menarik syarikat Infineon yang melabur RM25 bilion di Taman Teknologi Tinggi Kulim, tidak hanya memanfaatkan rakyat Kedah, bahkan kesan limpahan ekonominya akan turut dirasai Pulau Pinang.


"Begitu juga kerjasama baik antara Pulau Pinang, Perak dan Kerajaan Persekutuan yang memungkin Perak bersetuju membekalkan air ke kawasan perindustrian baharu di Kerian serta beberapa kawasan lain seperti Nibong Tebal dan Sungai Bakar.


"Namun untuk terus menarik pelaburan gergasi ke Malaysia, semua pihak sama ada di peringkat persekutuan, negeri mahupun pihak berkuasa tempatan perlu mengubah cara kerja supaya lebih pantas dan cekap," katanya.


Selain itu, Anwar juga mahu urusan pelabur asing membuka perniagaan atau kepentingan di Malaysia dipercepatkan oleh agensi di peringkat pusat atau negeri dan disokong padu oleh Kerajaan Negeri atau Persekutuan.


Beliau memberi contoh kunjungannya ke Arab Saudi baru baru ini dan menerima reaksi yang cepat dari negara Arab berkenaan terhadap pelaburan dalam sektor tenaga.


"Saya bertemu delegasi ACWA Power di sebelah pagi, di mana mereka membentangkan perancangan pelaburan sekitar AS$10 bilion dalam projek tenaga di Malaysia.


"Tidak sampai 24 jam, Putera Mahkota Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud dalam pertemuan kami menyatakan Kerajaan Arab Saudi akan mempermudahkan pelaburan itu.


"Malaysia perlu turut bergerak pantas, khususnya dalam meluluskan pelaburan yang masuk ke negara ini bagi memastikan kita tidak ditinggalkan negara jiran, seperti mana Vietnam yang semakin menjadi pilihan pelabur di rantau ini kerana kecepatan dalam meluluskan pelaburan serta beberapa aspek lain," katanya lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page