top of page

Kerajaan meneruskan inisiatif geran bantu usahawan Bumiputera



Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan pada ketika ini memberi tumpuan khusus memperkasakan usahawan Bumiputera bagi projek berimpak tinggi untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara.


Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, antara inisiatif kerajaan adalah meneruskan pemberian geran bagi membantu usahawan Bumiputera dan dikelaskan mengikut kumpulan penerima.


"Kerajaan telah memberi petunjuk dasar yang jelas bahawa penyertaan syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan perlu diperluas supaya menjadi lebih proaktif dalam mempergiatkan serta mengerakkan agenda permerkasaan ekonomi Bumiputera," katanya pada katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri persidangan Dewan Rakyat hari ini.


Beliau berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Amzad Mohamed@Hashim (PN-Kuala Terengganu) mengenai usaha kerajaan untuk meningkatkan penyertaan syarikat tempatan Bumiputera khususnya dalam sektor berimpak tinggi.


Sementara itu, terdahulu, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kerajaan akan menggunakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi mengoptimumkan sumber, mengurangkan ketirisan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat dalam pemberian subsidi.


"Jika dibandingkan sebelum ini tanpa PADU, apabila sesuatu program bantuan diumumkan oleh kerajaan, permohonan perlu disemak satu persatu melalui pelbagai jabatan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Maka, proses semakan itu sebenarnya panjang," katanya.


Rafizi berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) mengenai ketersediaan kerajaan dari segi data dan mekanisme melaksanakan penyasaran subsidi.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page