top of page

Kerajaan menanti: 'Tunggu sampai kiamat, jawapan MB Sanusi angkuh'



Kerajaan Perpaduan yang merupakan 'kerajaan menanti' berpotensi untuk menawan Kedah sekiranya melakukan gerak kerja yang baik, berkesan serta mampu menarik hati pengundi.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah yang baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tiada yang mustahil dalam politik meskipun Menteri besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kelmarin berkata PH dan BN perlu menunggu sehingga hari kiamat untuk menawan negeri itu.


"Dia nak jawab politik ‘tunggulah sampai hari kiamat’ terpulang.


"Dalam al-Quran cerita dah, reaksi macam itu namanya angkuh, sombong dan bongkak. Itulah kalimah Firaun kepada Nabi Musa ‘hang siapa nak lawan aku, pengikut hang ramai atau sikit’. Pengikut Nabi Musa sikit, pengikut Firaun ramai.


"Firaun sampai tahap tak takut mati, demam pun tidak, selesema pun tidak, tiba-tiba Nabi Musa nak rampas kuasa dia. Hang siapa? Sampai begitu kekuatannya sampai dia mengaku tuhan," katanya dipetik ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Perpaduan Negeri Kedah di Sungai Petani, semalam.


Tegas Saifuddin, biarpun Pas kelihatan kuat pada waktu ini namun jika jentera PH-BN Kedah diperkemaskan dan jelas dengan matlamat, kekuatan serta strategi maka tiada halangan untuk menawan negeri itu.


"Keangkuhan (yang ditunjukkan) itu selalunya penamatnya adalah kebinasaan dan kehancuran serta kejatuhan, percayalah," ujar Saifuddin lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page