top of page

Kerajaan manfaatkan teknologi 5G untuk tingkat literasi kesihatan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 19
  • 1 min read


Teknologi terkini dan ketersambungan 5G akan diaplikasikan bagi memastikan keterangkuman dan kesaksamaan akses kepada perkhidmatan kesihatan.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, setakat Disember 2024 liputan rangkaian 5G di seluruh negara mencapai 82.4% di kawasan berpenduduk.


Manakala kadar penembusan akses 5G dalam kalangan rakyat bagi tempoh sama telah mencapai 53.35%, melonjak hampir lima kali ganda berbanding 10.8% pada Oktober 2023.


"Dengan adanya ketersambungan yang meluas, penembusan akses 5G dapat melengkapkan keupayaan untuk penjagaan kesihatan kendiri dalam kalangan rakyat," katanya dipetik.


Justeru tambah Fahmi, sebagai usaha meningkatkan literasi kesihatan rakyat dan kualiti perkhidmatan kesihatan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menganjurkan Program Rintis Future Health for All (FH4A).


Program rintis FH4A akan dilaksanakan di 20 lokasi terpilih di enam negeri, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Johor.


"Kita bermula di Kuala Lumpur dan akan menjelajah ke lima negeri yang lain dan berakhir di Johor, tetapi saya lihat kita juga boleh meningkatkan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan lain termasuk hospital pengajar dan hospital swasta.


"Jadi, saya percaya dengan beberapa kemudahan yang kita sediakan lebih ramai yang akan dapat manfaat," katanya dipetik selepas melancarkan program itu di Kuala Lumpur pada Sabtu.


FH4A dijalankan melalui kerjasama strategik MCMC dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Majlis Amanah Rakyat (MARA), ProtectHealth, Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) dan KPJ Healthcare Bhd.


Ia mengambil pendekatan progresif dengan mempromosikan teknologi kesihatan masa hadapan susulan peningkatan kes penyakit tidak berjangkit (NCD) yang memberi impak signifikan kepada ekonomi negara.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page