top of page

Kerajaan mahu perluas perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 15
  • 1 min read


Kementerian Kesihatan (KKM) komited untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, penjagaan kesihatan berteraskan syariah bukanlah sesuatu yang baharu dan ia berakar dalam sejarah Islam dan kini mendapat permintaan yang semakin meningkat, terutamanya daripada pelancong kesihatan dan pelancong dari negara-negara majoriti Muslim.


"Kebelakangan ini, di bawah Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), terdapat peningkatan minat daripada pesakit antarabangsa terutama dari Asia Barat, yang secara khusus mencari perkhidmatan patuh syariah," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya menghadiri Simposium Shariacare: Merintis Kesihatan dengan Nilai-Nilai Syariah di Bangi pada Selasa.


Mengulas mengenai konsep perkhidmatan itu beliau berkata, ia akan memberikan nilai tambah yang signifikan kepada pesakit, terutamanya umat Islam merangkumi bukan sahaja perkhidmatan kesihatan dan kemudahan, tetapi juga alat perubatan dan farmaseutikal.

"Patuh syariah ialah semua yang berkaitan kesejahteraan keseluruhan masyarakat. Ia melibatkan perkhidmatan berkualiti yang berpatutan, selamat dan berkesan.


"Nilai tambah khas ini selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan semasa," tambahnya.


Sementara itu beliau memaklumkan, sebanyak 54 hospital di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) menerima pengiktirafan sebagai Hospital Mesra Ibadah (HMI) oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak 2014.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page