top of page

Kerajaan Madani wujudkan program perkasa pendidikan tahfiz



Kerajaan Madani membuktikan keunggulannya membela golongan hufaz atau penghafal al quran dengan mengendalikan lebih banyak program untuk para hufaz memperolehi Sijil Tahfiz Malaysia (STM) dan melengkapkan mereka dengan latihan kemahiran.


Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan, kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa menyediakan kerangka lebih baik untuk memastikan masa depan pelajar lulusan STM tidak terabai.


"Kita mahu pelajar ini bukan hanya terlibat dengan pengajian hafazan tetapi menyediakan kerangka yang lebih baik seperti mempersiap anak-anak dengan kemahiran.


"Dengan kelebihan kemahiran lain, ia dapat membantu lepasan pelajar tahfiz bersaing dan sama-sama membina negara," katanya mengulas usaha kerajaan memantapkan institusi tahfiz.


Zulkifli berkata demikian selepas hadir merasmikan majlis penyampaian bantuan persekolahan kepada keluarga asnaf menerusi program Jom Ke Sekolah 2025 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.


Program tersebut anjuran Pertubuhan Kuala Pilah Madani Negeri Sembilan dengan kerjasama dan tajaan dari Yayasan Taqwa-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan ABIM Kuala Pilah.


Dalam program itu beliau menyampaikan sumbangan baju berserta beg sekolah dan alat tulis bernilai RM175 seorang kepada lebih 500 penerima.


Dr Zulkifli dalam rangka jelajah Ziarah Madani dan Program Jom Kembali ke Sekolah di beberapa buah negeri antaranya Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page