top of page

Kerajaan Madani tutup lubang rasuah, selesai masalah dari akar umbi



Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen memerangi rasuah yang dapat dilihat menerusi inisiatif antaranya sedang merangka Akta Anti Ali Baba bagi merawat gejala tidak bermoral itu bermula daripada peringkat akar umbi.


Hal itu dinyatakan oleh Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Haziq Azfar Ishak dalam Rancangan Dialog, Malaysia Gazette, malam tadi menyambut penerimaan pelawaan AMK untuk berdialog dengan Sekretariat Rakyat Benci Rasuah yang menganjurkan demonstrasi mahasiswa di Kuala Lumpur bulan lalu.


"Jadi kita perlu tembak terus kepada isu akar atau pun permasalahannya. Sebab rasuah ini berkaitan dengan sistem.. jadi rasuah ini masalahnya sistemik.


"Untuk menyelesaikan perkara tersebut, inisiatif-inisiatif yang perlu dibawa melibatkan pelbagai peringkat, usaha atau pun menutup segala ruang-ruang yang ada.


"Kalau kita lihat, rasuah ini seperti banyak lubang. Jadi kita perlu menutup segala lubang-lubang yang banyak itu seperti apa dibuat Kerajaan MADANI sekarang ini," katanya.


Haziq turut mengambil contoh mengenai projek tebatan banjir berbilion ringgit yang sebelum ini pada era Kerajaan Perikatan Nasional dibuat secara rundingan terus.


"Kalau sebelum ini kita lihat bagaimana perolehannya? Kita ada projek tebatan banjir berbilion-bilion ringgit yang dibuat secara rundingan terus.


"PMX (Datuk Seri Anwar) cakap, apabila masuk tender, ianya boleh dijimatkan sehingga RM1 hingga RM2 bilion.


"Ini telah mengecilkan ruang para pelobi, kartel projek untuk mempunyai margin untuk diberikan sebagai wang habuan atau rasuah mendapatkan projek.


"Kerajaan cuba untuk menyelesaikan permasalahan akar rasuah ini melalui permintaan dan penawaran,"

ujarnya.


Pada 28 Januari lalu, media melaporkan Sekretariat Rakyat Benci Rasuah dipelawa untuk berdialog secara terbuka dengan AMK Malaysia bagi membincangkan subjek dan tuntutan yang dikemukakan pada perhimpunan tolak rasuah.


Haziq berpendapat, kerajaan dan organisasi-organisasi wajar menganjurkan dialog serta perbahasan awam setiap kali pasca perhimpunan diadakan khususnya dalam isu melibatkan kepentingan awam yang mendesak.


Terdahulu laporan media menyebut, himpunan pada 25 Januari lalu itu yang rata-ratanya disertai pelajar institut pengajian tinggi (IPT) mengemukakan tiga tuntutan kepada pihak kerajaan.


Setiausaha Sekretariat himpunan itu, Zaim Zulkifli, berkata tuntutan pertama yang akan dikemukakan adalah menggesa kerajaan menyegerakan pemisahan Pejabat Peguam Negara (AGC) daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO).


Beliau berkata, tuntutan kedua pula meminta kerajaan 'membebaskan' Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada kuasa eksekutif dengan meletakkan entiti itu di bawah Parlimen dan seliaan rakyat.


Ketiga, sekretariat itu menggesa kerajaan mempercepatkan Akta Pendanaan Politik di negara ini.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page