top of page

Kerajaan MADANI tingkat peruntukan pembangunan bola sepak



Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan berita baik untuk pembangunan sukan bola sepak negara.


Menerusi satu kenyataa beliau berkata, Kerajaan MADANI akan meningkatkan peruntukan RM15 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 khusus untuk pembangunan sukan itu, kepada RM30 juta.


Sebahagian peruntukkan yang akan dibiayai pihak swasta itu bakal diguna bagi meningkatkan program-program pembangunan skuad negara, Harimau Malaya di setiap peringkat selain untuk mempersiapkan pasukan utama agar lebih kompetitif dalam setiap kejohanan antarabangsa yang disertai.


"Dana itu juga akan dimanfaatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam aspek pengurusan organisasi yang mana ia memerlukan perubahan total dari setiap sudut.


"Ia bagi memastikan para pemain kebangsaan mendapat sokongan yang berterusan daripada barisan tenaga pakar dan kejurulatihan yang dilantik," katanya.


Sementara itu menurut Anwar, usaha turut akan ditumpukan untuk mewujudkan lebih ramai pemain pelapis pasukan Harimau Malaya.


Antaranya dengan memberikan pendedahan meluas kepada skuad bawah 23 tahun negara dan ini secara tidak langsung membolehkan pasukan utama sentiasa dilengkapi dengan para pemain yang berpengalaman.


"Selain daripada ikhtiar yang dilakukan oleh Kerajaan MADANI dan FAM, saya juga berharap Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor akan terus memberikan dukungan berterusan berdasarkan pencapaian, pengalaman serta rangkaian luas Baginda dalam industri bola sepak.


"Pengetahuan Pemangku Sultan Johor yang mendalam mengenai pengurusan bola sepak serta hubungan dengan figura sukan dan kelab bola sepak antarabangsa adalah aset yang tidak ternilai yang dapat digunakan untuk membantu Harimau Malaya dan pasukan pengurusannya," kata Anwar.


Justeru beliau menyeru rakyat agar terus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada pasukan Harimau Malaya termasuk pasukan pengurusan dalam mengangkat nama Malaysia ke peringat tertinggi dan setanding nama besar bola sepak antarabangsa.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page