top of page

Kerajaan MADANI terus bekerja bina Malaysia lebih gemilang - PM




Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi komitmen bahawa pentadbirannya akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang.


Menerusi satu hantaran di laman Facebooknya beliau berkata, kerajaan telah merangka usaha yang jitu untuk memastikan tidak ada rakyat dipinggirkan dalam setiap inisiatif yang dirangka dan dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI.


"Antara keutamaan terpenting Kerajaan MADANI sepanjang tahun ini adalah memastikan kesejahteraan rakyat sebagai tunjang dalam setiap inisiatif yang dirangka dan dilaksanakan.


"Setiap langkah diambil dengan matlamat membina kehidupan rakyat yang lebih bermakna dan bermaruah," katanya sebagai sorotan kepada pentadbiran kerajaan sepanjang 2024.


Sepanjang tempoh dua tahun, Kerajaan MADANI telah melaksanakan banyak inisiatif dalam usaha mengangkat martabat rakyat dan negara, antaranya Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang memanfaatkan sembilan juta penerima B40.


Selain itu, inisiatif lain ialah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 8.4 juta penerima untuk membeli keperluan asas di 600 kedai runcit dan pasar raya, serta Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) kepada 4,615 peserta golongan B40, miskin dan miskin tegar sehingga berjaya menambah pendapatan mereka.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page