top of page

Kerajaan Madani tegas banteras rasuah



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Pendirian Kerajaan Madani dalam dua isu yang menjadi perhatian masyarakat ketika ini - kerugian pelaburan Khazanah dan PNB dalam FashionValet serta skandal baja melibatkan NAFAS - adalah gambaran jelas bahawa rasuah dan penyelewengan akan diperangi habis-habisan.


Dalam isu kerugian pelaburan Khazanah dalam FashionValet, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agar audit dalaman dilakukan bagi menyiasat permasalahan yang terjadi.


"Selaku Pengerusi, saya telah mengarahkan Khazanah Nasional Berhad untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat permasalahan terkait kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta baru-baru ini.


"Arahan tegas ini adalah sebagai memaknai pengumuman saya sebelum ini yang mengarahkan Jabatan Audit Negara (JAN) melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi mewujudkan sistem tadbir urus yang lebih baik, selain memastikan semua syarikat berkenaan memenuhi tuntutan tanggungjawab dan fungsi masing-masing," tegas Anwar Ibrahim menerusi platform X.


Pada tahun 2018, Khazanah dan PNB telah melabur masing-masing RM27 juta dan RM20 juta untuk pegangan minoriti masing-masing dalam FashionValet, tetapi baru-baru ini kedua-dua badan pelaburan itu telah menarik balik pelaburan mereka setelah mengalami kerugian sebanyak RM43.9 juta.


Membuka kertas siasatan


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki pula berkata, suruhanjaya itu telah membuka kertas siasatan berhubung kerugian pelaburan berkenaan serta memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara adil dan profesional.

Noraini Nordin

Sementara itu, ketika berucap merasmikan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) 2024 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen PICCA, Butterworth Arena, Pulau Pinang, beliau turut bertegas tidak akan masuk campur dalam siasatan terhadap Khazanah dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) oleh pihak berkuasa termasuk SPRM.


Tegas Anwar, siasatan perlu dilakukan dengan adil tanpa mengira pangkat dan jawatan ataupun sama ada melibatkan syarikat kerajaan mahu pun swasta.


Dengan pendirian tegas kerajaan agar audit dalaman dilakukan dan memberikan kebebasan kepada SPRM menjalankan siasatan, baik terhadap kerugian pelaburan dalam FashionValet dan skandal baja RM1.8 bilion, ianya bermakna kerajaan sama sekali tidak berkompromi dengan penyelewengan serta salah laku.


Siapa pun yang melakukan kesalahan mereka akan berdepan siasatan dan seterusnya pendakwaan di mahkamah.


_______________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page