top of page

Kerajaan MADANI tambah baik akta hak milik kediaman strata



Kerajaan sedang giat melaksanakan pindaan untuk menambah baik Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) bagi menangani masalah perumahan bertingkat khususnya kediaman strata kos rendah dan sederhana rendah.


Menteri Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) sedang giat mengadakan perbincangan berkaitan proses penambahbaikan itu bersama beberapa agensi berkaitan.


"Masalah yang kerap menghantui pembeli skim strata adalah kelewatan dan ketiadaan dokumen hak milik strata.

"Kita dapat banyak maklum balas agar perbaiki akta yang sedia ada ini bagi memantau dan memastikan skim-skim strata yang sedang atau akan dibangunkan dapat disediakan dokumen hak milik strata mengikut kehendak perundangan semasa," katanya dipetik.


Nik Nazmi yang juga Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan sebelumnya hadir ke majlis penyampaian replika pemilikan Skim Desa Seri Maju Padu Apartment, di Kota Bharu pada Khamis.


Penyerahan itu adalah selaras komitmen Kerajaan Persekutuan menyelesaikan isu pemilikan perumahan itu selama 33 tahun sejak 1991 tanpa dokumen hak milik strata.


Sementara itu menurut Nik Nazmi, JKPTG mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Tabung Khas Hakmilik Strata (TKHS) bagi menangani isu ketiadaan hak milik strata bagi skim bangunan khas di Semenanjung Malaysia.


Perumahan itu adalah skim strata kelima yang berjaya didaftarkan hak milik dengan pembiayaan dana Kumpulan Wang Amanah Tabung Khas Hakmilik Strata (TKHS) yang diselia oleh NRES dengan pembiayaan berjumlah RM90,580.48.


"Menerusi inisiatif di bawah TKHS, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri akan mengemukakan permohonan dana kepada JKPTG bagi menyelesaikan isu pendaftaran hak milik strata di skim dikenal pasti berdasarkan kriteria yang ditetapkan.


"Sehingga 2024, TKHS sudah membiayai permohonan hak milik strata bagi tujuh skim bangunan khas di pelbagai negeri di Semenanjung dengan dana keseluruhannya berjumlah RM2.6 juta," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page