top of page

Kerajaan Madani perlu kuasai perang siber untuk menang PRU-16


Shahbudin (kiri sekali) bersama aktivis media sosial dan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil
Shahbudin (kiri sekali) bersama aktivis media sosial dan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil

Pempengaruh media sosial Kerajaan Madani perlu memastikan mereka menguasai perang siber bagi memastikan pentadbiran semasa dapat memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) nanti.


Serentak itu peranan besar mereka sekarang adalah melakukan "serangan" manakala selebihnya memperbetulkan persepsi yang mengelirukan dan separuh benar daripada media-media toksik, kata penganalisis politik, Shahbudin Embun.


"Kita wajib menerima hakikat bahawa sejak wujudnya medsos (media sosial) pada Pilihan Raya Umum ke-11 lagi, kerajaan tidak pernah menang di dalam peperangan alam maya.


"Di Amerika Syarikat, (Presiden) Donald Trump juga menang bergaya ketika pilihanraya presiden kerana media sosial.


"Semoga PRU ke-16 milik kita dan kita perlu pecahkan rekod menjadi kerajaan pertama memenangi perang siber," katanya.


Beliau berkata, pihaknya bersetuju dengan pandangan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil sebelum ini bahawa fitnah dan persepsi buruk tidak boleh dibiarkan tanpa diberikan penjelasan dalam tempoh singkat.


"Sebarang sebaran content (isi kandungan) tidak benar dan bersifat jijik dan berniat jahat wajib dibuat laporan secara on line dan tindakan diturunkan segera oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)," katanya yang juga Naib Pengerusi Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (Sekpur).


Dalam hal ini Shahbudin mengucapkan tahniah kepada kerajaan Madani dan Menteri Komunikasi kerana telah meletakkan strategi serta arah tuju yang betul agar jentera penerangan serta laskar siber sentiasa berada di lapangan dalam mempertahankan dasar Kerajaan dan melawan musuh.


Terdahulu aktivis media sosial Kerajaan Madani hadir pada majlis iftar bersama Menteri Komunikasi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) semalam.


Pada majlis itu mereka diberikan penerangan tentang pindaan terbaru Akta MCMC bagi mengekang kegiatan media sosial yang tidak beretika termasuk jenayah buli siber dan kesalahan jenayah lain di platform berkenaan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page