top of page

Kerajaan Madani perkukuh pentadbiran Islam, perundangan syariah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 28
  • 1 min read


Kerajaan Madani sentiasa peka dan mengambil berat tentang perkara berkaitan dengan sistem perundangan syariah selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan.


Menurutnya, usaha memperkukuhkan institusi Mahkamah Syariah bukan sahaja mampu memperkasa agama Islam tetapi juga memastikan keadilan dapat ditegakkan dengan lebih baik dalam kalangan umat Islam di Malaysia.


"Dengan pelaksanaan dasar yang lebih menyeluruh, peningkatan kapasiti mahkamah, dan kerjasama erat antara pelbagai pihak berkepentingan, Mahkamah Syariah akan dapat berfungsi dengan lebih berkesan dalam memenuhi tuntutan syariah dan keperluan masyarakat Islam di negara ini," katanya ketika menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dewan Rakyat baru baru ini.


Dalam pada itu, Dr Zulkifli berkata, secara keseluruhan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan adalah untuk memperkukuh kedudukan agama Islam di semua peringkat masyarakat dan memastikan ianya dilindungi dan dipelihara dengan baik, hal itu selaras dengan prinsip maqasid syariah dalam kerangka Perlembagaan.


Berkenaan isu logo dan sijil halal pula, beliau menegaskan bahawa JAKIM dengan kerjasama antara pelbagai agensi di peringkat persekutuan dan negeri yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam lanskap halal di Malaysia, termasuk HDC dan MATRADE, sentiasa memberikan komitmen melalui fungsi masing-masing dan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa bagi memperkasakan industri halal dan memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju halal di persada antarabangsa.


"Ini sedikit sebanyak menunjuk dan membuktikan bahawa Islam makin subur dan terus mekar di Malaysia," kata Dr Zulkifli lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page