top of page

'Kerajaan Madani perkuatkan perniagaan Bumiputera elak Melayu terancam'



Salah satu teras perjuangan utama pembangkang Perikatan Nasional (PN) adalah membela kaum Melayu daripada ancaman di sekeliling mereka.


Bagi Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, perjuangan PN mungkin hanya retorik kerana sewaktu 33 bulan berkuasa mentadbir Kerajaan Persekutuan, tidak pula kelihatan sebarang usaha dilakukan bagi menghapus atau sekurang kurangnya meminimumkan ancaman terhadap Melayu.


Terutama, katanya, ancaman yang sering didendangkan berkenaan kelemahan ekonomi kaum Bumiputera dalam menghadapi 'tekanan' berterusan dari kaum Cina.


Sehubungan itu, kata Rafizi, Kerajaan Madani yang tidak retorik bergerak selangkah ke hadapan dalam memartabatkan ekonomi Melayu dengan memperkenalkan pembiayaan mudah untuk kaum Bumiputera dalam mengembangkan perniagaan mereka.


"Satu fokus utama Kementerian Ekonomi ialah memperkuatkan ekosistem perniagaan Bumiputera untuk membantu usahawan Bumiputera yang benar-benar nak berkembang, mendapat bantuan sewajarnya.


"Satu aspek yang kita perkuatkan ialah pembiayaan.


"Teraju merupakan agensi pemerkasaan ekonomi Bumiputera di bawah Kementerian Ekonomi baru-baru ini melancarkan dana pengembangan dan katalis berjumlah RM1 bilion kepada usahawan Bumiputera yang layak.


"Kami ambil pendekatan yang berbeza kali ini iaitu tidak lagi menggunakan dana kerajaan untuk diberi terus kepada usahawan sebagai geran," katanya dalam satu siaran media.


Menurut Rafizi melalui model pembiayaan terbaharu ini, Teraju bekerjasama dengan 9 buah bank dan institusi kewangan untuk memastikan bagi setiap RM1 dana awam yang diletakkan, RM4 lagi ditambah dari bank-bank berkenaan.


Sebab itu, katanya, kerajaan boleh meningkatkan dana kepada RM1 bilion agar lebih banyak perniagaan Bumiputera mendapat akses pembiayaan.


"Pinjaman dijamin oleh Teraju dan dana pinjaman datang dari bank-bank. Dengan cara ini, usahawan Bumiputera tidak perlu menyediakan cagaran untuk membuat pinjaman," ujarnya.


Tambah Ahli Parlimen Pandan itu, dengan cara itu perniagaan Melayu tidak lagi terancam dan berharap cara berkenaan akan mengembangkan lagi skala penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi dan mematikan dakyah pembangkang yang hanya timbul bila mereka tidak lagi berkuasa.


Justeru Rafizi menggalakkan seberapa ramai usahawan Bumiputera untuk mendaftar Teraju di https://teraju.gov.my/

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page