Ulang tahun kedua penubuhan Kerajaan Madani amat bererti buat rakyat Malaysia kerana dalam tempoh yang sesingkat itu negara telah kembali dihormati di mata dunia dan menjadi antara jurubicara terbaik membela perjuangan rakyat Palestin dan isu isu sejagat lainnya.
Menurut Senator Abun Sui Anyit, Kerajaan Madani yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meletakkan Malaysia di landasan yang betul sama ada dari segi ekonomi mahupun hubungan antarabangsa.
"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Madani yang genap dua tahun.
"Saya mendoakan kerajaan ini akan terus mentadbir negara dengan lebih baik, kita sudah berada di landasan yang betul di mana ekonomi kita meningkat," katanya dalam satu siaran media.
Di samping itu, Abun memuji Kerajaan Madani kerana telah berjaya mengembalikan hak hak rakyat Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 yang tidak pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini sejak berdekad dekad lalu.
"Bagi hak Sabah dan Sarawak ianya sudah dikembalikan, lebih kurang 11 hak Sabah dan Sarawak dikembalikan.
"Justeru itu, dengan adanya Keraajan Madani ini saya harap ia akan terus ditadbir dengan baik untuk rakyat semua di seluruh Malaysia," katanya lagi.
Untuk rekod, tarikh 24 November 2024 merupakan detik keramat kepada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional apabila Kerajaan Perpaduan dibentuk sesuai titah Yang di-Pertuan Agong dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah Perdana Menteri di hadapan Agong, Al-Sultan Abdullah di Istana Negara.
Selepas itu GPS dari Sarawak dan GRS dari Sabah menyertai gabungan dan melengkapkan jumlah Ahli Parlimen mencapai majoriti 2/3 di Dewan Rakyat.
Comments