top of page

Kerajaan MADANI lancar projek padi lima musim dua tahun bulan depan



Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melaksana pelbagai ikhtiar dalam usaha meningkatkan penghasilan beras putih tempatan (BPT).


Menteri KPKT, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun yang telah diumumkan pada Belanjawan 2025 akan dilancarkan selewat-lewatnya Februari ini.


"Projek penanaman padi lima musim dua tahun ini (akan) kita laksanakan awal tahun ini, antara Januari atau Februari di Kedah," katanya dipetik selepas mengadakan lawatan kerja ke Projek Ladang Satelit Ehsan Tani di Sungai Kelambu di Banting pada Isnin.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2025 Oktober lalu mengumumkan pelaksanaan projek itu di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Fasa 1 yang melibatkan peruntukan hampir RM1 bilion dengan keluasan sekitar 11,000 hektar.


Projek itu dijangka dapat meningkatkan hasil padi sebanyak 15% serta melonjakkan pendapatan 6,100 pesawah sebanyak 43%.


Sementara itu Mohamad memaklumkan, banjir yang melanda Kelantan dan Terengganu baru-baru ini telah mengakibatkan kemusnahan hasil makanan ruji itu sehingga 20,000 hektar sekaligus menjejaskan bekalan beras dalam pasaran.


Susulan itu kementeriannya mengadakan perbincangan intensif bersama pemain industri untuk melihat kaedah terbaik bagi meningkatkan hasil padi negara.


"Sekarang kita cuba bangunkan semula kawasan sawah padi itu dengan pelbagai cara sama ada melalui kerajaan, swasta atau individu," jelasnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page