top of page

Kerajaan Madani kukuh, pembangkang usah lanjut propaganda tukar kerajaan



Oleh: Fiza Halim


Laskar siber pembangkang seharusnya menggugurkan terus teori Kerajaan Perpaduan boleh ditumbangkan atau peristiwa 'tebuk atap' akan berlaku sekali lagi selepas lulusnya Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 membabitkan hak kewarganegaraan di Dewan Rakyat dengan sokongan melebihi 2/3 anggota pada 17 Oktober lalu.


Menurut Pengarah Aduan dan Kemasyarakatan KEADILAN Malaysia, Siti Aishah Shaik Ismail, rakyat Malaysia sehubungan itu dinasihatkan untuk tidak lagi mempercayai khabar angin kononnya kerajaan boleh bertukar tangan pada penggal ini.


Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus berkuasa sehingga berakhir penggal jawatannya dan peranan rakyat adalah untuk berusaha memajukan negara sepanjang tempoh itu.


"Mitos (undi) percaya atau tidak percaya kepada PM yang dimainkan oleh pembangkang bolehlah disifatkan sebagai mimpi yang tak sudah (selepas lulusnya RUU Kewarganegaraan).


"Mereka (laskar siber) sebenarnya masih tidak dapat menerima hakikat bahawa zaman (pembangkang) menjadi pencatur yang bersifat khianat dalam misi menjatuhkan kerajaan merupakan sesuatu yang tidak lagi boleh diterima rakyat.


"Kerana itu saya yakin mereka hanya sekadar mahu terus memainkan persepsi, sebab mereka tahu itu sahaja modal politik yang ada (bagi menaikkan semangat penyokong)," katanya ketika dihubungi.


Berhubung kelulusan RUU Kewarganegaraan baru baru ini, Siti Aishah berpendapat hal itu membuktikan keprihatinan Kerajaan Madani ke atas nasib rakyat


RUU itu, katanya, bermanfaat untuk mendaftarkan anak anak yang seharusnya mendapat status kewarganegaraan dan telah tertangguh sekian lama.


"RUU kewarganegaraan ini bukti kerajaan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan. Membentangkan sesuatu yang bermanfaat, dan buktinya rasionalisasi inisiatif kerajaan ini diterima akhirnya.


"Ia bukan sahaja membuktikan kebijakan dasar kerajaan tetapi mekanisme pelaksanaan yang semakin membuahkan hasil buat rakyat," katanya lagi.


Dewan Rakyat minggu lalu meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 membabitkan hak kewarganegaraan dengan 206 anggota menyokong, seorang tidak menyokong manakala 14 orang tidak hadir selepas digulung oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page