top of page

Kerajaan MADANI komited selesai isu sekolah padat



Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan beberapa langkah jangka pendek bagi menangani isu sekolah padat sementara menunggu pembinaan sekolah-sekolah baharu yang lebih kondusif.


Menterinya Fadhlina Sidek berkata, sejumlah RM69 juta peruntukan disediakan untuk membina kabin jenis Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang boleh digunakan sebagai kelas sementara.


Ketika ini, usaha itu jelasnya sudah dilaksana di Selangor dengan melibatkan 301 bilik darjah di 95 sekolah.


"Jangan bayangkan kabin (yang digunakan) kontraktor itu, bukan (seperti itu), kita sudah ubah dan sesuaikan untuk jadikan kabin berkenaan lebih kondusif.


"Selain itu melibatkan juga dua sesi persekolahan seperti yang telah diamalkan di beberapa buah sekolah," katanya dipetik pada Isnin.


Fadhlina sebelumnya mengadakan lawatan sempena hari pertama sesi persekolahan 2025/2026 di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pelangi Semenyih yang turut disertai Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.


Sementara itu, Fadhlina memaklumkan sebanyak 17 sekolah baharu akan dibuka pada tahun ini sekali gus membuktikan komitmen Kerajaan MADANI untuk menyediakan kemudahan kondusif kepada rakyat.


"Kita ambil maklum dan kita beri sepenuh komitmen untuk selesaikan isu-isu seperti sekolah padat dan sebab itu dalam dua belanjawan sebelum ini, Kerajaan MADANI telah menambah berkaitan pembinaan sekolah baharu.


"Terdapat 44 sekolah (baharu) dalam Belanjawan 2025 dan 26 sekolah dalam belanjawan sebelum ini (2024)," jelas Ahli Parlimen Nibong Tebal itu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page