top of page

Kerajaan MADANI komited perkukuh tenaga kerja sektor kesihatan



Kerajaan MADANI terus komited memperkukuhkan tenaga kerja sektor kesihatan negara selain memastikan kestabilan kerjaya golongan tersebut.


Sehubungan itu menteri kesihatan memaklumkan, seramai 774 penolong pegawai perubatan (PPP) berstatus kontrak fasa enam dan tujuh bakal diserapkan ke jawatan tetap dalam masa terdekat.


"Jumlah perjawatan bagi PPP adalah 17,770 orang dengan 92 peratus daripadanya sudah diisi dengan berbaki 1,469 kekosongan


"Setakat ini 3,264 PPP masih lagi berstatus kontrak," kata Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dipetik.


Beliau sebelumnya hadir ke majlis pelancaran Sambutan Hari Pembantu Perubatan Ke-14 Peringkat Kebangsaan, di Hospital Tunku Azizah di Kuala Lumpur.


Dalam pada itu beliau memaklumkan, bagi memastikan lebih 25,000 PPP di Malaysia terus berkembang dan memenuhi keperluan sistem kesihatan negara, KKM telah meningkatkan kapasiti latihan dan pengambilan tenaga baharu.


"Pada tahun 2024, seramai 807 pelatih baharu telah diambil ke Institut Latihan Kementerian Kesihatan (ILKKM), sementara 462 pelatih telah direkrut bagi Sesi Pertama 2025.


"Selain itu, 283 pelajar turut mengikuti program Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan (atau ‘Diploma in Medical and Health Sciences’) di institusi swasta, sebagai sebahagian daripada usaha negara melahirkan lebih ramai PPP yang berkualiti tinggi,” tambahnya.


Selain itu kementeriannya juga menyokong pewujudan perjawatan fleksi bagi PPP dalam bidang kepakaran bagi memastikan tenaga kerja yang lebih dinamik dan fleksibel mengikut keperluan semasa.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page