top of page

Kerajaan MADANI komited perkasakan Institusi Huffaz



Oleh: Azuan Ab Rahman


Perkembangan institusi tahfiz telah berada di tahap membanggakan dengan kewujudan 18 Maahad Tahfiz Negeri dan 1,058 Maahad Tahfiz Swasta di seluruh negara.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Kerajaan MADANI akan terus berusaha memartabatkan institusi huffaz itu sebagai pusat pembentukan generasi rabbani.


"Minat masyarakat terhadap pendidikan tahfiz semakin tinggi, mencerminkan kesedaran yang berkembang terhadap kepentingan pembinaan generasi al-Quran.


"Sehingga kini, seramai 55,000 pelajar mengikuti pengajian dengan bimbingan hampir 8,000 tenaga pengajar berdedikasi.


"Kerajaan komited memastikan institusi tahfiz tidak hanya melahirkan penghafaz al-Quran, tetapi juga individu yang mempunyai kemahiran intelektual dan teknikal yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara," kata dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Mengulas lanjut beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, bagi memastikan institusi huffaz terus berkembang secara sistematik dan kekal relevan dengan keperluan semasa, kerajaan merangka beberapa inisiatif utama termasuk Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN 2.0) yang bertujuan memastikan pendidikan tahfiz lebih tersusun dan berkualiti.


"Penambahbaikan kurikulum, penyelarasan akreditasi serta peningkatan infrastruktur dan sumber kewangan menjadi keutamaan dalam memastikan institusi tahfiz melahirkan graduan yang holistik dan berdaya saing.


"Kerajaan juga memperkenalkan Sijil Tahfiz Malaysia 2.0 (STM 2.0) yang bukan sahaja menilai hafazan 30 juzuk, tetapi turut menguji pemahaman serta ilmu Islam berkaitan kepada penghafaz al-Quran


"Turut diperkenalkan ialah inisiatif TVET-Tahfiz sebagai game changer (pengubah keadaan) yang membuka ruang kepada huffaz menceburi bidang teknikal dan vokasional tanpa mengorbankan keunggulan mereka sebagai penghafaz al-Quran," tambahnya.


Sementara itu Dr Ahmad Zahid memaklumkan, sebagai manifestasi kepada usaha kolektif dalam mengangkat martabat institusi tahfiz, kerajaan akan sekali lagi menganjurkan Himpunan 25K Huffaz tahun ini.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page