top of page

Kerajaan Madani komited martabat syiar Islam melalui pendidikan



Kerajaan Madani bersungguh sungguh mahu memartabatkan pembangunan syiar Islam di negara ini melalui pendidikan.


Usaha itu terbukti apabila pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkatkan peruntukan pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam sebanyak RM1.9 bilion dalam Belanjawan 2024 berbanding RM1.5 bilion pada tahun sebelumnya, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.


Selain itu tambahnya, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) turut komited berusaha ke arah itu termasuk dengan membantu golongan memerlukan melalui skim bantuan pendidikan dari sekolah rendah hingga peringkat institusi pengajian tinggi (IPT).


"Sehingga Ogos lalu sebanyak RM68 juta agihan dana zakat disalurkan kepada anak-anak asnaf bagi tujuan itu.


"Antaranya bantuan am persekolahan kepada hampir 32,000 pelajar membabitkan peruntukan RM22 juta, bantuan pelajar Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP RM16.8 juta, bantuan am IPT RM15 juta dan lain-lain," katanya dipetik pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar dan Penyampaian Insentif Galakan Hafazan 2024 di Masjid Wilayah Persekutuan pada Isnin.


Selain itu tambah beliau, pada tahun ini MAIWP bersetuju memberikan insentif kepada 698 pelajar cemerlang akademik sebanyak RM3.1 juta selain sumbangan komputer riba dan insentif tunai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i)


MAIWP turut menyampaikan Insentif Galakan Hafaz Al-Quran kepada 529 peserta dengan jumlah keseluruhan bantuan hampir RM2 juta.


Sementara itu, Mohd Na'im menyatakan harapan agar Belanjawan 2025 yang bakal dibentangkan tidak lama lagi akan terus memberikan peruntukan tambahan terhadap aspek pentadbiran dan pendidikan Islam agar lebih banyak penumpuan ummah khususnya golongan asnaf dapat dibangunkan.

0 comments

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page