top of page

Kerajaan MADANI komited kurangkan jejak karbon negara



Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan pentadbirannya komited untuk mengurangkan jejak karbon negara dan menggalakkan amalan mampan.


Menerusi catatan di laman X pada Ahad beliau berkata, kerajaan telah melaksanakan pelbagai dasar yang bertujuan mengurangkan pelepasan karbon, menggalakkan kesaksamaan sosial, mewujudkan peluang pertumbuhan baharu dalam ekonomi hijau serta memastikan tadbir urus yang telus.

"Susulan itu, kita telah memperuntukkan dana yang besar kepada tenaga boleh baharu, melabur dalam sumber tenaga bersih dan mampan," katanya.


Mengulas mengenai sektor pertanian, kerajaan jelasnya menyokong amalan pertanian mesra alam untuk menjamin alam sekitar yang baik bagi jangka masa panjang.


Malaysia juga sedang membangunkan penyelesaian pengangkutan hijau untuk mengurangkan kesan alam sekitar dan meningkatkan kesalinghubungan.


"Bersama-sama, kita boleh membina Malaysia yang lebih mampan dan saksama untuk generasi akan datang," kata beliau lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page