top of page

Kerajaan Madani komited bela kebajikan kaum India



Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan Madani komited untuk memastikan nasib dan kebajikan masyarakat India di negara ini terjamin.


Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Seri R Ramanan berkata, di atas tekad itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru baru ini telah mengadakan pertemuan dengan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) bagi memastikan pembelaan ke atas kaum India disegerakan.


''Beliau memberi jaminan bahawa nasib dan masa depan semua kaum termasuk komuniti India, akan sentiasa dijaga dan diberikan perhatian.


''Ia bertujuan memastikan komuniti tersebut akan dapat menikmati semua kebaikan yang ada dan juga pembangunan selain menaik taraf sosioekonomi masyarakat India selaras dengan visi Malaysia MADANI,'' katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang ingin tahu apakah perancangan jangka panjang MITRA untuk memastikan nasib masyarakat India di seluruh negara terbela.


Ramanan turut memberitahu dewan bahawa Presiden KEADILAN itu turut mengadakan pertemuan tertutup dengan Ahli Kabinet, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berbangsa India sebelum ini.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page