top of page

Kerajaan MADANI komited bantu usahawan PMKS dapatkan sijil halal



Kerajaan MADANI terus komited membantu usahawan mikro dan sederhana mendapatkan pensijilan halal produk mereka daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata, pensijilan itu bukan sahaja memperkasa industri halal negara sebaliknya memberi nilai tabah kepada perniagaan usahawan terbabit.


"InshaAllah, sudah ada pelan yang digerakkan (untuk bantu) cuma kita ingin percepatkan lagi, belum boleh umum sekarang tapi ada pelan tindakannya.


"Kita perlu sentiasa memberikan kesedaran dan kefahaman terhadap realiti dan nilai tambah, halal bukan sahaja dari aspek kebersihan tapi kesihatan dan menyeluruh," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Sinergi Halal dan Zakat 'Produkku Halal, Hasilku Berkat', di Seremban pada Selasa.


Seminar anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang disertai lebih 400 usahawan hari ini dapat memberikan pendedahan tambahan mengenai industri halal justeru mereka dapat melaksanakan kewajipan zakat dan mengeluarkan produk diyakini halal.


Mengulas lanjut beliau berkata, pengertian halal tidak sahaja merujuk kepada penyediaan dan pengurusan perniagaan terhadap bahan dan perkhidmatan tetapi ia juga pembiayaan kewangan yang perlu berpandukan syariah.


"Pensijilan halal kita sudah membanggakan dan diiktiraf dunia, namun kena lihat lapisan kedua iaitu pembiayaannya sebagai contoh untuk perbesarkan perniagaan, kalau perbankan elakkan (perbankan) konvensional, ini bagi menghalalkan keseluruhan aspek..pembiayaan perlu daripada sektor kewangan Islam," katanya.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page