top of page

Kerajaan Madani kerenah birokrasi awam melalui RUU Iltizam



Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan telah merangka gerak kerja Iltizam melibatkan dua bentuk reformasi bertujuan meningkatkan kecekapan dalam aspek perkhidmatan kepada rakyat dan komuniti perniagaan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, reformasi pertama melibatkan struktur untuk mengurangkan kerenah birokrasi dan beban peraturan atau selepas ini dirujuk sebagai beban kawal selia terhadap rakyat dan komuniti.


''Reformasi kedua pula adalah revolusi terhadap proses untuk memudahkan urusan rakyat dan komuniti perniagaan melalui penambahbaikan perkhidmatan kerajaan dan keseragaman penyampaian.


''Kedua-dua reformasi ini merupakan misi kepada rangka kerja Iltizam.


''RUU Iltizam ini digubal bertujuan meningkatkan kualiti, kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan kerajaan dengan menangani birokrasi, mengurangkan beban kawal selia serta melaksanakan penarafan prestasi perkhidmatan,'' katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Selain menyelesaikan masalah birokrasi, Ahli Parlimen Sekijang itu menambah, RUU berkenaan juga berupaya menghapuskan peraturan, garis panduan, arahan pentadbiran yang tidak diperlukan atau lapuk bagi meningkatkan kecekapan tadbir urus kerajaan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page