top of page

Kerajaan Madani cari penyelesaian cara aman, beradab, berakhlak - PM



Oleh: Akmal Manaf


Mencari jalan penyelesaian secara aman, beradab dan berakhlak terhadap sebarang isu yang timbul, merupakan nilai teras yang dipraktikkan Malaysia MADANI, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri (PM) berkata demikian dalam ucapatama sempena Majlis Pecah Tanah dan Peletakan Batu Asas Pembangunan Masjid MADANI anjuran Jakel Group yang diadakan hari ini.


Beliau berkata, selaras kepada prinsip nilai MADANI itu, kerajaan memilih untuk menjaga keharmonian dan berunding dengan baik tentang isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India itu.


''Arahan saya konsisten dalam mesyuarat Jemaah Menteri, dengan Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Bandar Kuala Lumpur iaitu runding dengan baik.


''Apa cara sekali pun, runding dengan baik.. mencari penyelesaian yang baik itu bukanlah tanda kelemahan seperti mana disanggah oleh sebahagian kelompok tertentu,'' katanya dalam majlis tersebut.


Ujar Presiden KEADILAN itu lagi, nilai MADANI yang diterapkan dalam pemerintahannya terpakai untuk semua kaum di negara ini.


''MADANI itu tentang kemampanan, tentang pertumbuhan ekonomi, tentang teknologi dan digital, tentang nilai akhlak, rahmah dan ihsan bukan hanya kepada umat Islam, tetapi masyarakat yang pelbagai kaum di sekitar kita,'' katanya.


Sebelum ini, isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang terletak di seberang Jakel Mall berhampiran Jalan Masjid India, Kuala Lumpur yang didakwa berusia 130 tahun menjadi hangat apabila parti politik pembangkang, NGO dan persatuan guaman ikut campur tangan dalam isu berkenaan.


Mereka memperjuangkan agar kuil terbabit tidak dipindahkan, sedangkan pihak pengurusan kuil telah bersetuju untuk berpindah dan menerima pampasan daripada syarikat Jakel yang membeli tanah tapak kuil itu sejak 2014.


Namun segalanya selesai pada 25 Mac lalu apabila kerajaan menyediakan tapak gantian kuil dalam jarak kira kira 100 meter daripada tapak asal dan menggazetkannya sebagai kawasan rumah ibadat penganut Hindu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page